Wednesday, May 13, 2009

Mari shoot Model!!!

Bila bercerita mengenai fotografer, satu perkara yang tidak dapat dipisahkan adalah "menembak model". Tetapi tidak semua fotograper suka mengambil gambar model & ini terpulang kepada diri individu-individu tersebut. Bagi saya, mengambil gambar model adalah sebagai tempat melatih seseorang photographer untuk berkomunikasi bersama subjek, mengarah & melaksanakan kreativiti agar sesebuah gambar itu memberikan impak yang dikehendaki kepada para pembaca. Ianyer menjadi lebih menarik sekiranya beberapa cambang fotografi dicampur di dalam satu gambar dan menjadi sesautu cerita yang menarik..

ok lah malas nak cerita panjang lebar... baik korang tgk ajer gambar kat bawah ni...





Program ini dianjurkan oleh Chot from ToneTeam "berkelobarasi" bersama tenaga pengajar dari UniKL disertai oleh pelajar-pelajar UniKL & juga ahli2 dari forum Photoskool.net. Seramai 4 orang model (semuanyar asal dari satu kampung kat Kedah) yang masih menuntut di Universiti-universiti di dalam kawasan Selangor & Kuala Lumpur.



Program bermula dari kawasan Central Market pada jam 8.30 pagi, berjalan sambil mengambil gambar & berakhir pada jam 1.00tgh hari di kawasan belakang kedai di Petaling street. Berberapa kumpulan di pecahkan dan di tunjuk ajar oleh seorang fasilitator.



Sunday, May 10, 2009

PS TT Wangsamaju 8/5/2009

TT bermaksud 'Teh Tarik Session' dan bagi ahli forum Photoskool.net, ianya adalah satu perjumpaan tidak rasmi yang dianjurkan oleh ahli-ahli forum sendiri. Tujuan utama "Teh Tarik Session" adalah bertemu & berbual dalam keadaan santai. Pelbagai topik & aktiviti boleh dijalankan dan ianyer terpulang kepada ahli-ahli forum tersebut. Selalunya, aktiviti ini bermula dengan berkumpul di kedai makan sambil berbual mengenai aktiviti-aktiviti fotografi & sambil menunggu kedatangan kawan-kawan yang lain. Aktiviti ini selalunya bermula jam 9.00 malam dan berakhir awal pagi 3.00 pagi.







Thursday, May 7, 2009

DF Potraiture Outing with Napie & Rasdi Amin

Sebagai fotographer, kita perlu mengadakan latihan yang kerap supaya kemahiran menggunakan "senjata" semakin baik agar kualiti gambar kita semakin bagus. Tetapi bagaimanakah kita hendak menilainyer? Bagi saya perkara ini terlalu subjektif & terpulang kepada yang melihat menilainyer...

Salah satu cara latihan yang dapat dilakukan adalah dengan menghadiri kelas-kelas, "workshop" ataupun "outing" yang dijalankan oleh forum-forum fotografi. Pada 25 April 2009, saya telah menghadirkan diri didalam program yang dianjurkan oleh forum DuniaFotografi.com. Program ini telah diadakan di Putrajaya. Program ini dikendalikan oleh saudara Napie & saudara Rasdi Amin. Empat orang model telah diupah sebagai modul latihan kami. Kami dipecahkan kepada 4 kumpulan & diketuai oleh fasilitator yang dilantik oleh pihak penganjur. Dan setiap kumpulan terdiri antara 4 sehingga 5 fotografer.

Model untuk sesi pertama bernama Effa and she very good in-front of camera and know what to do. Terima kasih Effakerana memudahkan kami mengambil potret anda. Dan inilah hasilnyer...


Model sesi kedua bernama Bell, tetapi aku tak puas ambil gambar-gambar disebabkan cuaca yang panas & cahaya terlalu terang & menyukarkan aktiviti kami mengambil mode yang dikehendaki. But she is very profesional...