Monday, July 27, 2009

Putrajaya Outing - Model Gadis Baju Kebaya

Dua minggu yang sudah iaitu pada 19 Julai 2009, saya berkesempatan meng"outing"kan diri menge"shoot" model. Menembak model tidak semestinya di buat didalam studio, ianya boleh dilakukan di luar studio seperti di taman-taman riadah, bangunan-bangunan dan pelbagai tempat kadang kala tidak dapat diimaginasikan oleh orang biasa.

Hendak dijadikan satu cerita, tengah merancang mencari kawan-kawan untuk mengeshoot model, tetiba saya mendapat panggilan dari seorang kenalan saya dan bertanyakan saya sekiranya ingin menyertai dia mengambil gambar model. Tanpa berlengah masa & tersenyum lebar, saya terus berkata setuju. Tujuan saya mengambil model adalah kerana saya tercabar melihat hasil rakan-rakan saya yang mengambil gambar model yang amat teratur dalam art directing, composition dan pelbagai. Dan juga untuk menajamkan diri untuk menghasilkan satu porfolio gambar model yang menarik & bermakna.

Organizer : Cik Puan Bunga
Model: Bella Radz
wardrobe: Rumah Kebaya http://www.rumahkebaya.com.my
make up: Cat Bunga
Lokasi : sekitar Putrajaya

Outing ini dibahagiakan kepada 2 sesi, iaitu sesi yang pertama dilakukan di Wetland Putrajaya. Model bernama Bell Radz adalah adik sepupu kepada Cik Puan Bunga, memakai baju kebaya merah. Lihatlah hasil dari sesi pertama.


Sesi yang kedua dijalankan pada sebelah petang di dalam terowong di Putrajaya. Kali ini model memakai baju kebaya coklat.



Friday, July 24, 2009

Bila Photographer yg Berkahwin....

Kita lihat, menjadi trend kini, setiap majlis perkahwinan tanpa wedding photographer, boleh dikatakan tidak akan lengkap majlis tersebut. Tidak kira majlis perkahwinan tersebut di dewan-dewan besar, ataupun hotel, atau dibandar-bandar besar, malah di kampung-kampung pun sudah terdapat perkhidmatan wedding photographer. Harga perkhidmatan Wedding Photographer bergantung pada pakej yang ditawarkan, hasil kerja mereka & populariti mereka. Ada yang semurah RM600.00 sehingga RM30,000.00 untuk sesebuah majlis.

Pernah kah anda lihat majlis perkahwinan seorang Professional Wedding Photographer. Sudah tentu ianya berbeza dari majlis perkahwinan yang lain. Anda akan dapati terdapat pameran-pameran gambar majlis perkahwinan sebelah perempuan, dan juga pre-wedding photoshoot untuk tatapan tetamu. Ianya bagaikan seperti satu pameran fotografi perkahwinan. Dan seperkara lagi, akan terdapat sahabat-sahabat Wedding Photographer memeriahkan lagi suasana majlis perkahwinan mereka.




Majlis perkahwinan Ahmad Fairus (Myphotographer)berlangsung pada 4 July 2009 di Puchong, Selangor. Persandingan yg cukup ringkas dan meriah. Kehadiran kawan-kawan sepejuangan memeriahkan lagi persandingan ini..





Video di majlis perkahwinan Ahmad Fairus....


Post-wedding Outdoor Shooting di Putrajaya

Wednesday, July 22, 2009

Rumah Burung Walit



Gambar rumah burung walit ni aku dah ambil dalam bulan Mei 2009. Lambat sikit nak process sebab macam biasalah, tiap-tiap hari sibuk kat opis. Kepala pun berserabut ngan kerja yang tidak pernah putus ni,lagi-lagi kalau time audit dah nak sampai.

Ikutkan plan, memang dalam bulan Mei, aku tak nak keluar pergi ambik gambar, tapi bila pak sedara aku dah call, ajak shoot gambar rumah burung walit syarikat dia, teruja lak aku... yela.. lagipun ni lah peluang nak shoot untuk corporate client. Otak kena asah macam mana nak buat corporate profile untuk client nanti. Tapi kali ni aku buat free untuk pak sedara aku sebagai buah tangan dari aku... sebab masa pun tak ada sangat, ala kadar ajer aku buat, sebab aku tak pelan betul2 nak ambik.. next time i will do better...

Rumah burung walit ini diusahakan oleh Walit World Sdn Bhd. Lokasi rumah burung walit ini terletak di Tanjung Agas dalam daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Walit World Sdn Bhd juga menyediakan peluang pelaburan kepada individu-individu yang berminat untuk menceburi bidang ini.Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati http://worldofwalit.blogspot.com/

Pihak penganjur juga mengadakan seminar untuk bakal-bakal pelabur menerangkan secara lengkap aktiviti perniagaan yang dianjurkan mereka. Tempat penginapan & dewan seminar disediakan oleh pihak pengajur di resort milik mereka iaitu PDS Resort (www.pds.com.my) yang terletak di Tanjung Agas, Pasir Panjang, Port Dickson.