Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts
Sunday, August 23, 2009
Metro Vs Green Outing - Kuala Lumpur
Minat aku pada photojournalism & travel photography memang masih menebal lagi. Bagaimanapun, peluang aku untuk mempraktikkan & belajar genre yang aku minati terbatas disebabkan kesibukan-kesibukan aku di pejabat. Tetapi, sebagai seorang peminat photography yang tulen (aku rasa lah.. hihihii...) segala genre di dalam photography sepatutnya tidak aku lepaskan peluang. Sekiranya anda dapati, kebanyakan entry2 di dalam photoblog ini menunjukkan hasil-hasil dari shoot model. Sebenarnya banyak aktiviti photography yang meliputi pelbagai genre aku mengaktifkan diri tetapi kesempatan aku ingin bercerita di dalam blog ini amat terbatas disebabkan kesibukan masa. Lagipun malas nak edit.. hahahaha
Pada 15hb Ogos 2009 yang lepas, saya menghadirkan diri di dalam outing yang di anjurkan oleh saudara Rashdi Amin atau lebih dikenali di kalangan photographer sebagai Paveyhack. Cuma outing kali ini tiada pembayaran perlu aku keluarkan kerana gambar aku telah terpilih sebagai pemenang di dalam outing yang pertama yang dianjurkan oleh beliau di Putrajaya. Kalau anda nak melihat gambar yang dulu boleh pergi ke link ini DF Potraiture Outing With Napie & Paveyhack Walaupunbagaimana pun, aku hanya sempat menghadirkan diri untuk first session. Second session tidak dapat join kerana ada hal-hal tertentu yang tidak dapat aku elakkan. (p/s: kena tolong kawan2....)
Outing kali ini, banyak benda yang aku perolehi & sekiranya anda dapati gambar aku kali ini berbeza sedikit dari yang dulu kerana aku tengah berekseperimen ngan kaler & konsep aku....
Tuesday, August 4, 2009
Sharing Party Pre Wedding with Ahmad Fairus
Teringat masa memiliki kamera filem, masa tu aku pakai Minolta Dyna. Beli ngan duit gaji aku sendiri. Beli pun pakai belasah ajer, memang tak ada tempat rujukan. Aku beli pada harga lebih kurang RM1,+++. Tak ingat sangat berapa harganya yang sebenar. Belipun sebab memang minat habis ngan kamera. Baru aku tau orang panggil kamera tu semi auto. Tapi lense dia boleh bertukar. Nak cari kawan-kawan yang mempunyai hobi sama memang susah. Ada yang minat tapi tak sanggup nak beli sebab ianya hobi yang mahal. Aku beli kamera tu kalau tak salah dalam tahun 1997 kat Foto Selangor kat Pertama Shopping Complex. Masa tu gaji baru RM1,+++. Masa tu tak ada lagi kad kredit, tutup mata masa hulur duit kat tokey cina kedai. Dah ada kamera, terasa hati nak pegi belajar lak. Jumpa satu kelas kat Pertama gak. Ikutkan kalau dia ni memang orang lama kamera filem. Sebut nama Pak Zain semua photographer kenal. Berkali-kali gak lalu depan kedai dia. Tapi nak habiskan lagi seribu ringgit, masa tu dah tak sanggup lagi. Last2 belasah pakai auto ajer.
Dunia internet memang memudahkan semua orang. Tidak kira umur, bangsa & jantina. Ada saja yang boleh dibuat ngan internet. Ilmu di internet pun banyak. Forum-forum fotografi pun banyak. Disinilah ilmu fotografi dipelajari. Jadi mudah untuk memilih mana forum yang sesuai.
Pada 26 Julai 2009, saya mengikuti program yang dianjurkan oleh forum Dunia Fotografi. Program ini dianjurkan oleh saudara Ahmad Fairus (Myphotographer) adalah seorang fulltime Wedding Photographer Professional, yang mempunyai pengalaman bertahun. Beliau mengajar bagaimana, mengambil gambar dengan cepat, mencari angel dan pelbagai lagi. Boleh dikatakan kelas ini amat mencabar secara fizikal & mental, sebab photographer perlu mencari idea, angle, moment dan pelbagai lagi.

Labels:
Wedding
Monday, June 29, 2009
Pemain Kompang Kanak-kanak
Salam,
sudah lama saya tak update gambar-gambar kat blog ini. Sibuk sikit disebabkan tugas-tugas di pejabat. Walaupun dihujung minggu banyak masa diluangkan untuk aktiviti fotografi, kepenatan selepas balik dari kerja membantutkan usaha-usaha untuk memilih & mengedit gambar-gambar. Ditambahkan aktiviti keluarga sepanjang bulan lepas, majlis perkahwinan adik saya & aktiviti melancong bersama keluarga ke Sabah. Gambar-gambar aktiviti di atas akan diuploadkan kemudian. Pemilhan & pengeditan gambar masih belum habis dilakukan.
Gambar di bawah di ambil semasa saya mengikuti saudara Sani Rahman (Arunamaya Studio) mengambil gambar majlis persandingan yang berlansung pada 21 June 2009 di Seri Gombak Selangor. Sambil menunggu ketibaan pengantin, saya mengambil bebrapa keping gambar dengan tujuan untuk menceritakan suasana semasa majlis perkahwinan tersebut. Walaubagaimanpun, di sini saya hanya ingin memaparkan pemain kompang kanak-kanak semasa majlis perkahwinan tersebut.

Pemain kompang kanak-kanak tersenyum apabila mengambil gambarnya, sedang menunggu ketibaan pengantin bersama ahli-ahli kumpulan kompang yang lain yang berada di belakangnya.
Kusyuk bermain kompang mengikut arahan ketua kumpulan kompang semasa berlangsung Majlis Perkahwinan.
Sedang menghiburkan para jemputan dan juga mempelai mendengar paluan kompang.
Labels:
Wedding
Friday, April 10, 2009
Persandingan Shahfaizal & Intan Suraya - 15 March 2009
Tetiba aku dapat email dari Chikozawa [AhzaDesign] tanya aku nak ikut dia tag sebab seminggu sebelum tu aku terserempak dia dgn kuncu2nya buat shooting pre-wedding kat KLCC park. Punyerlah ramai ikut dia tag, terus aku cakap kat dia aku nak tag ngan dia kalau dapat job wedding lagi hihihi.... Untuk pengetahuan anda, Chikozawa adalah fulltime Wedding Photographer yang beribubejabat di Subang Bistari.. kikiki...
Pengantin adalah pasangan Shahfaizal & Intan Suraya, sebenarnya mereka telah melangsungkan pernikahan di dalam bulan awal Februari 2009. Persandingan di pihak pengantin lelaki telah berlangsung di Crystal Crown Hotel Kelang...

AhzaDesign team & me...
Labels:
Wedding
Subscribe to:
Posts (Atom)