Hihihi… jangan terkejut baca tajauk kat atas tu. Salah satu bidang fotografi yg popular masa kini adalah Street Shooting atau Bahasa Melayu nyer Foto Jalanan. Rule of thumb mengambil Street Shooting adalah mengambil gambar dalam hitam putih, menggunakan 50mm prime lense & tidak menggunakan flash/speed light. Walaubagaimanapun, terpulanglah kepada fotografer itu sendiri mempraktikkan jenis lense & medium yang ingin diambilnyer.
Bagi saya, street shooting adalah salah bidang yang amat mencabar kerana fotografer perlu berfikiran kreatif untuk menceritakan suasana di sekitar kawasan yang diambil. Semasa mengambil gambar jalanan, kadangkala fotografer juga perlu berkomunikasi dengan subject untuk mendapatkan gambar yang dihajati. Apa yang menarik, kawasan yang biasa kita lalui setiap hari, berjaya diolah oleh fotografer menjadi satu cerita yang menarik sehingga kita tidak terfikir mengenainyer.
Pada 10 Januari 2009, saya telah mengikuti satu acara yang telah diadakan dibawah komuniti fotografer www.duniafotografi.com. Aktiviti adalah yang pertama yang dijalanakan oleh duniafotografi.com sejak ditubuhkan dalam bulan November 2008.
Lokasi; Depan Stesen Komuter Kelang Selangor
Ini adalah aktiviti kami setelah selesai program.. hihihihi
Wednesday, March 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
aku rasakan.. kalau gmbr b&w ko tu diupkan noise dia, mesti lg menarik.. aku rasa la..
Post a Comment