Monday, June 29, 2009

Pemain Kompang Kanak-kanak

Salam,
sudah lama saya tak update gambar-gambar kat blog ini. Sibuk sikit disebabkan tugas-tugas di pejabat. Walaupun dihujung minggu banyak masa diluangkan untuk aktiviti fotografi, kepenatan selepas balik dari kerja membantutkan usaha-usaha untuk memilih & mengedit gambar-gambar. Ditambahkan aktiviti keluarga sepanjang bulan lepas, majlis perkahwinan adik saya & aktiviti melancong bersama keluarga ke Sabah. Gambar-gambar aktiviti di atas akan diuploadkan kemudian. Pemilhan & pengeditan gambar masih belum habis dilakukan.

Gambar di bawah di ambil semasa saya mengikuti saudara Sani Rahman (Arunamaya Studio) mengambil gambar majlis persandingan yang berlansung pada 21 June 2009 di Seri Gombak Selangor. Sambil menunggu ketibaan pengantin, saya mengambil bebrapa keping gambar dengan tujuan untuk menceritakan suasana semasa majlis perkahwinan tersebut. Walaubagaimanpun, di sini saya hanya ingin memaparkan pemain kompang kanak-kanak semasa majlis perkahwinan tersebut.



Pemain kompang kanak-kanak tersenyum apabila mengambil gambarnya, sedang menunggu ketibaan pengantin bersama ahli-ahli kumpulan kompang yang lain yang berada di belakangnya.


Kusyuk bermain kompang mengikut arahan ketua kumpulan kompang semasa berlangsung Majlis Perkahwinan.


Sedang menghiburkan para jemputan dan juga mempelai mendengar paluan kompang.