Friday, October 16, 2009

Hari Raya 2009

Salam semua, minta maaf sebab dah lama tak update blog ni. Kesibukan kerja diopis, perpindahan ke rumah baru & pelbagai aktiviti fotografi lagi menyebabkan aktiviti mengupdate blog tergendala buat sementara waktu. Ikutkan sekarang pun aku tak tau nak update apa kat blog aku.

Memandangkan raya nak habis minggu ni, yang sempat aku nak bercerita adalah suasana family aku di berhari raya. Macam biasa, selalunya dipagi raya, kami sekeluarga akan ke bersembahyang raya samada di Seri Iskandar ataupun di kampung arwah mak aku kat Pengkalan Bahru, Pantai Remis, Perak. Alhamdullilah raya tahun ni, kami sempat sembahyang raya di Masjid Al Nawawi Pngkalan Bahru, Pantai Remis, Perak. Selepas solat, terus pergi ke kubur mak beramai-ramai.   


Mendengar khutbah hari raya disampaikan oleh imam masjid.


Jemaah baru selesai menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri di Masjid Al Nawawi, Pengkalan Bahru,Pantai Remis, Perak.

Membaca surah Yassin di kubur arwah Mak.

Kiko menyedekah surah Yassin kepada arwah Mak.

Kubur arwah Tok Aminah, ibu kepada mak aku, untuk pengetahuan aku adalah cucu kesayangan dia.. sedih beb...

Suasana di kubur arwah Mak.

Aqiff bersama Pak Long dia... gua punyer klon... hihihi..

Gelagat Aqiff dikubur arwah Mak

Suasana di perkuburan Masjid Al Nawawi Pengkalan Bahru, Pantai Remis, Perak

My big family

Aqiff dapat duit raya dari Tok Wan

Banyak betul duit raya dia..

Bapak duit raya dari Pilah

Dod cuba mengepow tapi tak berjaya... hahahahahaha...