Wednesday, August 26, 2009

Uqail's Birthday Party

Banyak sangat program shoot gambar, sampai tak tahu nak update kat blog yang mana satu patut di dahulukan... hihihihi sorry guys...

Pada 8 Ogos 2009, aku dia ajak oleh sahabat aku Amir (kayimagez.blogspot.com) sebagai second photographer. Thanks bro ajak aku shoot. Majlis harijadi ini dibuat khusus untuk Uqail adalah anak kepada pasangan Marwan &Ubai menyambut harijadi yang ke 3. Majlis ini diadakan di Bianco Damansara. Aku & Amir memang enjoy ambik gambar kat sini sebab banyak makanan yang sedap-sedap... hahahaha... Lagipun seronok sungguh ambik gmabar gelagat Uqail yang pandai sangat posing depan camera. Kalau jadi model iklan TV pun memang boleh. Majlis ini memang meriah, oleh itu enjoylah sedikit buah tangan dari aku ni...

Sunday, August 23, 2009

KL Outing with Friends Organized by Bunga

 
Minggu yang lepas juga, aku menghadiri satu photoshot session ngan sahabat2ku Photoshoot ini dilakukan dengan tujuan untuk mengasah kemahiran mengambil gambar model. Session kali ini dijalankan sekitar Kuala Lumpur. Yang menarik outing kali ini, terdapat 3 photographer yang menggunakan Nikon & 3 photographer menggunakan Sony.

Metro Vs Green Outing - Kuala Lumpur


Minat aku pada photojournalism & travel photography memang masih menebal lagi. Bagaimanapun, peluang aku untuk mempraktikkan & belajar genre yang aku minati terbatas disebabkan kesibukan-kesibukan aku di pejabat. Tetapi, sebagai seorang peminat photography yang tulen (aku rasa lah.. hihihii...) segala genre di dalam photography sepatutnya tidak aku lepaskan peluang. Sekiranya anda dapati, kebanyakan entry2 di dalam photoblog ini menunjukkan hasil-hasil dari shoot model. Sebenarnya banyak aktiviti photography yang meliputi pelbagai genre aku mengaktifkan diri tetapi kesempatan aku ingin bercerita di dalam blog ini amat terbatas disebabkan kesibukan masa. Lagipun malas nak edit.. hahahaha

Pada 15hb Ogos 2009 yang lepas, saya menghadirkan diri di dalam outing yang di anjurkan oleh saudara Rashdi Amin atau lebih dikenali di kalangan photographer sebagai Paveyhack. Cuma outing kali ini tiada pembayaran perlu aku keluarkan kerana gambar aku telah terpilih sebagai pemenang di dalam outing yang pertama yang dianjurkan oleh beliau di Putrajaya. Kalau anda nak melihat gambar yang dulu boleh pergi ke link ini DF Potraiture Outing With Napie & Paveyhack Walaupunbagaimana pun, aku hanya sempat  menghadirkan diri untuk first session. Second session tidak dapat join kerana ada hal-hal tertentu yang tidak dapat aku elakkan. (p/s: kena tolong kawan2....)


Outing kali ini, banyak benda yang aku perolehi & sekiranya anda dapati gambar aku kali ini berbeza sedikit dari yang dulu kerana aku tengah berekseperimen ngan kaler & konsep aku....

Friday, August 14, 2009

Shah Alam - Outdor Photoshoot


Minggu lepas, 8 & 9 Ogos 2009 (sabtu & ahad), boleh dikatakan minggu yang sibuk. Hari sabtu sebelah pagi aku pergi ke Midvalley sebab terdapat Pameran Pengantin 2009. Sebelah petang lak ada job kat Damansara, shoot untuk birthday party. Hari Ahad nyer lak aku gi shoot model kat Shah Alam. Ini pun Kuzi yang jemput & memang aku pun tiada program waktu tu. Dua-dua event hari sabtu tu akan aku ceritakan pada post aku yang akan datang.

Shoot model kali ini di anjurkan oleh saudara Kuzi dari forum DuniaFotografi.com. Keseluruhan program kali ini telah ditaja oleh beliau. Tiga orang model bidan terjun iaitu rakan-rakan beliau. Shoot kali ini di lakukan di Taman Warisan Shah Alam. Bersebelahan PKNS Shah Alam. Tidak banyak sangat untuk bercerita mengenai outing kali ini. Cuma yang aku bereksperimen adalah editing sahaja...

Tuesday, August 4, 2009

Sharing Party Pre Wedding with Ahmad Fairus

Teringat masa memiliki kamera filem, masa tu aku pakai Minolta Dyna. Beli ngan duit gaji aku sendiri. Beli pun pakai belasah ajer, memang tak ada tempat rujukan. Aku beli pada harga lebih kurang RM1,+++. Tak ingat sangat berapa harganya yang sebenar. Belipun sebab memang minat habis ngan kamera. Baru aku tau orang panggil kamera tu semi auto. Tapi lense dia boleh bertukar. Nak cari kawan-kawan yang mempunyai hobi sama memang susah. Ada yang minat tapi tak sanggup nak beli sebab ianya hobi yang mahal. Aku beli kamera tu kalau tak salah dalam tahun 1997 kat Foto Selangor kat Pertama Shopping Complex. Masa tu gaji baru RM1,+++. Masa tu tak ada lagi kad kredit, tutup mata masa hulur duit kat tokey cina kedai. Dah ada kamera, terasa hati nak pegi belajar lak. Jumpa satu kelas kat Pertama gak. Ikutkan kalau dia ni memang orang lama kamera filem. Sebut nama Pak Zain semua photographer kenal. Berkali-kali gak lalu depan kedai dia. Tapi nak habiskan lagi seribu ringgit, masa tu dah tak sanggup lagi. Last2 belasah pakai auto ajer.

Dunia internet memang memudahkan semua orang. Tidak kira umur, bangsa & jantina. Ada saja yang boleh dibuat ngan internet. Ilmu di internet pun banyak. Forum-forum fotografi pun banyak. Disinilah ilmu fotografi dipelajari. Jadi mudah untuk memilih mana forum yang sesuai.

Pada 26 Julai 2009, saya mengikuti program yang dianjurkan oleh forum Dunia Fotografi. Program ini dianjurkan oleh saudara Ahmad Fairus (Myphotographer) adalah seorang fulltime Wedding Photographer Professional, yang mempunyai pengalaman bertahun. Beliau mengajar bagaimana, mengambil gambar dengan cepat, mencari angel dan pelbagai lagi. Boleh dikatakan kelas ini amat mencabar secara fizikal & mental, sebab photographer perlu mencari idea, angle, moment dan pelbagai lagi.