Monday, September 14, 2009

Ramadhan Street Combat 2009 - Story Teller Part III

Teringat masa belajar dulu-dulu, aku memang seorang yang agak aktif dalam aktiviti berpersatuan. Berilah apa pun tugasan, aku akan cuba membuat aktiviti itu sehabis baik. Aku ingat bila dah bekerja ni, aktiviti berpersatuan akan berkubur, rupernya tidak. Kat luar universiti ni lagi banyak kelab-kelab atau forum-forum internet yang boleh kita anggotai. Tetapi dengan syarat, kita mestilah rajin & komitted.

Aku join forum Photoskool.net ni dah lebih dari setahun. Di forum ini memang banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Salah satu aktiviti yang menarik hati aku adalah aktiviti tembak di bulan Puasa di Bazar Ramadhan. Ini adalah kerana ianya melatih diri seseorang untuk menjadi seorang photojournalist. Seorang photojournalist, tugasnya adalah bukan sekadar mengambil gambar tetapi bercerita mengenai suasana atau kejadian ditempat tersebut.

Program ini dijalankan oleh saudara Syai, seramai lebih kurang 23 peserta menyertai program ini. Sebanyak 4 kumpulan telah dipecahkan.

P/s: ayat dalam artikle tu bukan aku yang karang... kerja aku ambik gambar ajer... hihihii...
kalau nak baca, klik kat gambar tu...


No comments: