Thursday, September 17, 2009

TT Special Ramadhan Kajang 2009 - Seasoned Shooters bertemu Newbies

TT adalah singkatan kepada teh tarik session. Ianya amat popular di kalangan orang Malaysia tidak kira bangsa, jantina & umur. TT selalunya dianjurkan oleh ahli-ahli forum atau kelab, sahabat2 sekolah & lain-lain lagi. Selalunya TT ini akan di buat di restoran mamak kerana restoran mamak beroperasi 24 jam.

TT kali ini amat special kepada warga fotographer kerana ianya berkumpulnya otai-otai photographer yang bertaraf antarabangsa (international) seperti Mr Bazuki dari Reuters, Rahman & Vik : freelance photojournalis for international magazine & newspapers.. Ramai juga photographer2 dari local press pun hadir sebab ingin bertemu ngan Mr Bazuki....Dan juga otai2 photographer yang memang terkenal di kalangan photographer seperti  Che Mat dari MMU, En Shahsaarin, En Ted Adnan & beberapa otai photographer yang terkenal dalam bidang masing-masing. Nak aku sebut nama sorang-sorang terlampau ramai lak. TT

TT kali ini dianjurkan oleh Brader Torque, yg juga seorang otai/guru dalam bidang photojounalism (PJ). TT kali ini boleh dikatakan kebanyakan berkisar kepada genre PJ. Yang membangga TT anjuran Mr Torque adalah En Bazuki sanggup menunda percutiannya semata-mata ingin bertemu ngan newbies photographers dan juga ledatangan photographers paling jauh, sejauh Melaka semata-mata untuk menghadiri TT ini.Dan ada juga yang berani menghulur gambar untuk dikomen oleh En Bazuki iaitu Hadi Nor & juga aku.. hihihi... (actually gambar yang aku sangka bagus, direject mentah2... )..TT kali ini aku di lantik sebagai OP oleh Mr Torque..

TT ini bermula pada jam 9.30 malma sehinggalah ke waktu sahur jam 5.00 pagi.... aku rasa kehadiran tu lebih dari 50 orang. Kalau ikutkan mamang tak nak balik sebab seronak mendengarpertukaran ilmu dikalangan Photographer... memang ilmiah habis...
Gambar beramai-ramai pada jam 1.00 pagi... Itupun ramai yang dah balik
Torque memperkenalkan Mr Ted Adnan
 
En Shamsarin sedang memberi sepatah dua kata
Ajim, Natashe, Honeywatie, Engku, Napie & Zayd
Mahza, Azrul@Pencerita Wartawan Berita Harian, Che Mat Pensyarah MMU, & Torque
Pavey & Apen bersama buku porfolio Mr Bazuki of Reuters, agak2 korang sama tak Pavey ngan dalam gambar tu... hihihihi....
En Bazuki tengah menerangkan mengenai buku portfolio yang dihasilkan oleh beliau. Kumpulan gambar yang dikumpulkan selama 25 tahun dalam fotografi...
International freelance photohraphers - Rahman & Vick.. mesti terkejut sebab dia orang masih muda lagi. Actually Rahman baru balik dari Bali, cover assingment untuk New York Post... dari airport terus ke TT
Kusyuk mendengar kata-kata dari Che Mat of MMU


En Bazuki sedang mengkritik gambar Hadi Nor

En Bazuki sedang bercerita mengenai portfolio beliau...

En Ted Adnan menerangkan teknik lighting

1 comment:

Anonymous said...

rugi x join....lamo x masuk forum... :(