Tuesday, August 4, 2009

Sharing Party Pre Wedding with Ahmad Fairus

Teringat masa memiliki kamera filem, masa tu aku pakai Minolta Dyna. Beli ngan duit gaji aku sendiri. Beli pun pakai belasah ajer, memang tak ada tempat rujukan. Aku beli pada harga lebih kurang RM1,+++. Tak ingat sangat berapa harganya yang sebenar. Belipun sebab memang minat habis ngan kamera. Baru aku tau orang panggil kamera tu semi auto. Tapi lense dia boleh bertukar. Nak cari kawan-kawan yang mempunyai hobi sama memang susah. Ada yang minat tapi tak sanggup nak beli sebab ianya hobi yang mahal. Aku beli kamera tu kalau tak salah dalam tahun 1997 kat Foto Selangor kat Pertama Shopping Complex. Masa tu gaji baru RM1,+++. Masa tu tak ada lagi kad kredit, tutup mata masa hulur duit kat tokey cina kedai. Dah ada kamera, terasa hati nak pegi belajar lak. Jumpa satu kelas kat Pertama gak. Ikutkan kalau dia ni memang orang lama kamera filem. Sebut nama Pak Zain semua photographer kenal. Berkali-kali gak lalu depan kedai dia. Tapi nak habiskan lagi seribu ringgit, masa tu dah tak sanggup lagi. Last2 belasah pakai auto ajer.

Dunia internet memang memudahkan semua orang. Tidak kira umur, bangsa & jantina. Ada saja yang boleh dibuat ngan internet. Ilmu di internet pun banyak. Forum-forum fotografi pun banyak. Disinilah ilmu fotografi dipelajari. Jadi mudah untuk memilih mana forum yang sesuai.

Pada 26 Julai 2009, saya mengikuti program yang dianjurkan oleh forum Dunia Fotografi. Program ini dianjurkan oleh saudara Ahmad Fairus (Myphotographer) adalah seorang fulltime Wedding Photographer Professional, yang mempunyai pengalaman bertahun. Beliau mengajar bagaimana, mengambil gambar dengan cepat, mencari angel dan pelbagai lagi. Boleh dikatakan kelas ini amat mencabar secara fizikal & mental, sebab photographer perlu mencari idea, angle, moment dan pelbagai lagi.

4 comments:

Azlina Yahya said...

aku pulak baru-baru nie ajer minat amik gamba dan amat suke sekali tgk gamba2 yg ada good composition.aku akui, nie hobi yg agak mahal dan banyak mende yg kena belajar.ilmu kat intenet tu x cukup lagi.nak carik angle yg cantik mmg cukup payah.tambah pulak lagi kena fikir cepat dan kreatif mesti selalu ada.
Keep up the good tood work bro.rasanya dah terkejar dah...

Silver Picture said...

betul... masa dulu, hobi ni mmg mahal, ko ingat tak kamera lama yg aku bawak kehulu-hilir masa kat segamat dulu? masa tu kalau satu kos filem siap cuci lebih kurang RM25. Itu belum masuk budak order tapi tak bayar...
ikutkan ilmu kat internet mmg banyak, tapi perlu latihan selalu. Cuma, kalau buat sorang2, kadang2 kita tak tau mana silap kita. Pasal tu berforum penting utk mempercepatkan pocess pembelajaran... thanks my friend

subhikarim said...

wah sirreh! caya lah bro! best location ni..

Silver Picture said...

location ni mmg best berx...... mcm mana program "trash the wedding" ko hari tu, ok tak? kalau aku tau program hari tu tak beberapa grand, gerenti aku ikut ko punyer...terasa rugi tak ikut ko hari tu...... cis..lain kali aku nak ikut ko....
thanks berx, jenguk blog aku....